Tuesday, April 8, 2008

Project Started...

Assalamualaikum....

Kembali lagi aku menulis dalam BLOG ni setelah kian lama menyepi...menyepi bukan sebab projek terbengkalai, tapi sebab terlalu sibuk. Seperti yang dirancang, tapak projek Serai yang dipilih adalah dekat Yan, kaki gunung Jerai dan betul-betul dekat dengan tempat perkelahan Batu Hampar.

Bermula dengan lawatan saudara Ridzuan (sri_kelubi) ke tapak projek, bermula lah kerja-kerja menyiapkan tanah untuk tanaman serai ni. Masalah demi masalah timbul bila apa yang dirancang, menemui jalan buntu. Rancangan untuk menaikkan mesin bajak ke tapak projek tertangguh dan akhirnya terpaksa digantikan dengan PLAN B. Masalah utama ialah sistem perhubungan iaitu jalan denai yang terlalu mencabar untuk Mesin Bajak tu mendaki. Kalau nak diikutkan, ada satu lagi jalan (jalan yang menjadi rancangan awal aku). Tapi malangnya, jalan tu dah di"seal" oleh Jabatan Perhilitan sebab ada orang dok curi balak.

PLAN B yang dimaksudkan ialah menggunakan kudrat manusia untuk membajak... Huhh..memang letih wa cakap lu...pakai cangkul beb... Tapi Alhadulillah, tanah tapak projek serai tu dah sedia digembur sebelum proses tanaman anak getah 5-6 bulan lepas. Cuma yang menjadi masalah kepada tenaga kerja aku, ialah semak samun (banyak pokok senduduk disekitar dada lorong anak getah). Mau tak mau, terpaksa jugak clearkan.

Pokok-pokok senduduk bersepah.

Kaedah yang digunakan untuk clear pokok-pokok senduduk tu...apa lagi racun je la..hehehe... Selesai meracun, tunggu dalam seminggu lebih baru check balik semua semak-samun tu...dan Alhamdulillah...byk yang mati.

Enjin Pam HONDA yang digunakan untuk meracun.

Friday, February 15, 2008

Jumpa Tanah Kat Yan Kedah..

Minggu lepas aku dah pi tengok tanah kat Yan, Kedah... Agak jauh jugak la dari rumah aku ni...tapi..boleh kata semuanya cun. Rasanya memang jadi kot buat Projek Serai ni kat situ.
Esok dah plan ngan sri_kelubi nak pi lawat tapak. Cumanya, jalan nak naik ke tapak tu agak mencabar jugak laa... Kena guna scrambler..hehehe...secara tak langsung jadi minat plak kat sukan motorcross...hahaha.

Ni aku load sikit gambar untuk tapak Projek Serai ni.
















Semak-samun.














Kaki Gunung Jerai.

Monday, January 14, 2008

Moral Down Sikit...

Semalam dah pi tengok tanah...huhhh...moral down jugak la sikit bila tgk tanah tu..dah macam hutan rimba...hehehe. Tapi tak pa..aku try survey berapa harga nak clear bagi bersih, tolak semua pokok BALAK yang ada kat situ...hehehe..kalo masih dalam budget aku, aku go on je..
Tapi kalo dah cecah ribu riban..alamat terpaksa carik tanah lain plak la kot...
Camera terlupa nak bawak semalam..aku ambik guna camera handphone saja...nanti ada masa aku load kat sini...

Pastu sumber air ada..cuma dok pikiaq camana nak tarik ayaq pi dalam kebun dengan cost yang paling minima...hmmm..pening jugak tu...

Pastu pagaq rasanya kena buat jugak..sebab aku ada nampak kesan2 taik lembu...maksudnya ada lembu di sekitar kawasan...hmm..modai lagi tu...

Kita tgk dulu camana...weekend ni aku balik Klang..melawat isteri tercinta...sambil2 tu bleh pi ushar tanah kat sana plak kot2 ada yang lebih sesuai... Pastu minggu lagi satu nak ajak Wakson pi tgk tapak project kat Juru tu...kalo wakson kata OK, tak dak masalah...memang aku ON terus...network ngan orang dari Jabatan Pertanian pon dah dapat sorang...lepas ni ada la jugak sumber rujukan kalo ada masalah birokrasi ka apa ka...hehehe

Okeh..selamat maju jaya untuk aku...

Thursday, January 10, 2008

Tanah Dah Jumpak..!!!

Alhamdulillah...setelah 2 minggu mencari tanah akhir jumpak jugak...
Yang lawaknya, tanah tu member lama yang punya...kat area Juru. Habih cari tanah sampai ke Kulim..last2 member punya tanah jugak yang dapat. Tanah tu bekas tanah bendang (sawah padi), tapi dah bertahun-tahun terbiar..so, aku dah discuss ngan member aku tu...untuk JV. Tanah tu tak la luas sgt pon tapi ok la untuk start pilot project ni...hehehe...

InsyaAllah kalo dah berjaya, baru la cari tapak baru untuk extend..sekarang ni pon dah dok belajar-belajar cara nak apply tanah Government...untuk buat tanam serai ni..hehehe..

InsyaAllah Ahad ni nak pi tgk tanah...taka tau apa yang ada kat situ sekarang ni...jangan ada pokok balak cukup...hahaha.. Nanti aku postkan gambar tapak tu sekali dalam ni...

Jumpa lagi...
Salam...

Friday, January 4, 2008

Letih Cari Tanah Untuk Di Sewa/Pajak.

Huhh...cabaran pertama aku...nak cari tanah untuk di sewakan belah-belah Kulim, Seberang Perai Utara... Tiap-tiap hari on the way nak sampai ofis, dok perati jugak kiri kanan highway, banyak betoi tanah yang naik semak samun. Tapi masalahnya tak tau sapa punya tanah...
Dah habih aku googled dalam web nih carik tanah untuk buat project perintis tanam serai aku ni...tapi semuanya menemui jalan mati..hehh..
Sekarang ni, aku kena cari masa jugak nak pi Pejabat Tanah kat Kulim ni...kalo tak dak, aku nak try pejabat tanah kat Bertam plak.. Tapi, agak-agak berapa plak sewa/pajak tanah kat area-area sini ek.? Hmmm... Aku kalo setakat RM400-500/setahun/ekar mampu la aku untuk projek ni.. Tapi kalo lebih kena carik tanah kat tempat lain la plak...
Buat masa ni, progress untuk projek ni masih ZERO. Tapi still ada plan B, aku dah roger kat sri_kelubi mintak spare tanah untuk aku buang dalam 1/2 ekar jadi arr...JV ngan dia untuk projek peringkat awal ni.. Tengah tunggu respond dia tgk. Kalo takdak respond jugak esok aku call dia tanya... Dengaq cerita, dia dah rancak tebas sana sini...hehehe...orang banyak tanah ni senang la...tu pon masih ada spare lagi dalam 10ekar...huhh..best betoi kalo aku ada tanah banyak tu..
By the way, kat kampung wife aku tu still on lagi...balik sana nanti aku nak tebas buang semak samun kat situ..pastu cari supply anak serai, pastu bleh start tanam...tapi cukup ka masa nak buat semua tu dalam cuti weekend saja...hmmmm....

Wednesday, January 2, 2008

Banyak PROJEK Dalam Kepala ????

Assalamualaikum...

Ni post yang keempat untuk hari ni...semangat memula ni memang camni la ye tak..hehehe.
Sekarang ni, banyak betul Projek dalam kepala yang aku nak buat. Tapi "consentrate" kat PROJEK SERAI ni dulu..bukan apa, takut yang dikejar tak dapat dikendong berciciran.

Sekarang ni secara sambilan, aku jugak jadi Consultant untuk CIMB Wealth Advisors. Tapi masih belum lulus exam...tarikh ambik exam bulan 16 February 2008. Lama lagi tuuu...

Projek aku seterusnya nak buat cacing compos. Tapi yang ni makan modai besaq sikit..rasanya masa terdekat ni tak dapat nak buat lagi la. Bonus kat kilang aku tahun ni pon tak berapa memberangsangkan jugak..so kena postpone la dulu.

KESESUAIAN TANAH UNTUK TANAMAN SERAI.

Serai ni mudah hidup dimana-mana jenis tanah kecuali kawasan berair/berpaya. Kalau nak buat projek dikawasan tanah lembah atau lembab (berpaya)..pastikan saliran/longkang/parit2 mencukupi. Keadaan atau jenis tanah berkait rapat dengan penggunaan baja dan penjagaan kelak. Misalnya di tanah berpasir, tanah berpasir ni kebiasaannya kekurangan unsur organik didalam tanah. Kadar pegangan air dalam tanah juga mungkin kurang baik...jadi penggunaan baja organik mungkin terpaksa dilebihkan. Kalau tanah yg asalnya berpaya, tanah tersebut mungkin pH nya agak rendah (berasid) jadi penggunaan kapur akan menjadi lebih tinggi di kawasan ini. (bagi meninggikan pH) , keadaan tanah yg berasid akan menjejaskan kesuburan tanah dan tanaman kerana kebiasaannya, baja akan hilang atau terlarut begitu sahaja hasil tindakbalas asid dlm tanah.. (asid sulfat). pH tanah yang sesuai adalah antara 4.3 ke 8.4.

sumber dari : http://hidupseorangpetani.blogspot.com/2007/06/serai-oh-serai.html